expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Songs

efek

Wednesday, 20 July 2016

Pengalaman Syazwi ketika bercuti di Kundasang

Hi ladies and gentlemen, just nak sharing my experience about my vacation at Kundasang. So, sebelum bulan puasa tu bagi sesi 2016, saya ada pergi melancong bersama kawan-kawan time tu sekadar bercuti-cuti di Kundasang selama 3 Hari 2 Malam. Memang best giler lah, jadi saya bercuti bersama kawan-kawan saya iaitu Nabel, Hariati, Aimie, Narwinie, Odeng dan Rickie. Kami-kami time tu menyewa Car Rental untuk pergi travel iaitu Exora je pun, janji adakan? Kami dari Sandakan  pergi Kundasang mengambil masa 4 ke 5 jam sahaja, memang lamalah tapi time otw banyak bergiler kat kereta seperti menyanyi, buat lawak dan lain-lain, tapi enjoylah time tu dgn kawan-kawan maklumlah.. 

(1) Masa nak sampai kat Kundasang tu, kami sempat pergi ke Hotspring di Ranau, mandi-manda kat sana, sambil pergi sana dapat jumpa si hariati yang hot dari segi pakaiannya tu, seperti orang-orang barat maklumlah. Jadi tiket masuk ke hotspring time tu hanya RM 3.00 jak pun. Murah dan berpatutan. memang bestlah mandi-manda kat tempat tu sambil berendam di kolam air panas. Gambar kat bawah ni lah yang kami pergi.

First location : Poring hot Spring, Ranau

(2) Ok, lepas tu balik je dari Hotspring, kami pun terus pergi ke Homestay yang kami tempah di Kundasang iaitu mencecah 200 ringgit untuk satu malam. Kami bermalam disana selama 2 malam sahaja. Pada keesokkan harinya tu, kami bersiap-siap untuk pergi ke tempat lawatan yang seterusnya iaitu ke War Memorial yang berada di sekitar Kundasang. Tempat tu memang best, sebab dia ada bangunan yang bersejarah yang mengisahkan tentang kematian askar-askar British dan Australia yang mati ditempat tersebut.


Second location : Kundasang War Memorial, Kundasang

(3) Seterusnya hari kedua tu, balik je dari Memorial Park, kami terus pergi ke Desa Dairy Farm yang berada di kawasan Kundasang sahaja. Banyak lembu-lembu yang diimport dari New Zealand dihantar kesini. Memang best, untunglah kalau kamu pergi ke tempat ni.

Third Location : Desa Dairy farm, Kundasang

(4) Last day pula kami pergi ke tempat Ikan Tagal yang berada di Ranau, time tu memang seronok, banyak ikan-ikan tagal merawat kaki-kaki pengunjung, kerana tempat ini adalah khidmat rawatan Spa. Apapun, memang geli tapi best dapat sentuh ikan  tagal tu.

Last location : Ikan Tagal, Ranau

That's all my travel di kundasang, jadi I hope you all pergi ke Kundasang, Sabah ni untuk bercuti-cuti bersama kawan-kawan yang tersayang ataupun family-family.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhs7bl5vgFlOdRQ4bXajf4rgX1nhzFd1dQtS-y6XRPVJIaQlIANsRrR-cxB4T-HXFJrU_3PUkq455rJPxuNyi0CLAsnIhCFsD4luBU9DAfMZ6TJOm1gjgOT0_zY0gDH8ObmVzZCiXNhXdE/s1600/loading9+(1).GIF